C9 PHOTOSHOOT #2
Thursday, January 28, 2010
Gambar di atas nie dianggap yg terbaik pada sesi yg lepas. Ditangkap oleh ajib. Congrates ajib. The res yg bawah hasil daripada aku menggunakan kamera pinjam rakan-rakan.1. Selain wedding and gambar-gambar portraiture. Aku juga gemar memotret gadis-gadis manis di dalam dan luar negara kita Malaysia. Selain bertujuan untuk memotret gambar, ianya juga boleh diselitkan dengan unsur-unsur 'salam perkenalan' sesama makhluk di muka bumi kita yg indah terbentang. Selain utk seronok-seronok, ia juga boleh dijadikan latihan kepada diri sendiri terutama kepada mereka-mereka yg selalu gementar berhadapan dengan wanita, seperti Tom dan Qayyum. Maaf, aktiviti ini sgt tidak digemari isteri-isteri photographer kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. hehe ...
2. Actually, ahad lepas, we all [CREATIVE 9 IMAGES] ade sesi shooting bersama gadis-gadis - musicians dari UiTM. Tempat berlakunya kejadian ialah di Qayyum Studio in Klang. Dekat je, sumpah mmg Xjauh dr Shah Alam. Kalau Xsilap nama gadis-gadis yg join adalah Lily, Cerry & Sarita. Make up artist pula bukan calang-calang. Dengan sedikit sentuhan, muka mereka-mereka nie menjadi lebih cun dari biasa. Thanks to Daniel & Reez. Juga tidak ketinggalan, photographer-photographer yang datang Xkira berstatus bujang atau sudah berumahtangga, masing-masing memberikan komitmen 120% kepada tugasan yg murni ini. Mereka ialah Abg Wan the great, Wan Shazly si pemotong rumput, Abg Lan the Rawang Mystery, Ajib the sharp shooter, Tom the pervert photographer, Qayyum the legendary shutter, Zul the Nikon History dan Aku sebagai pemerhati majlis.



3. Semuanya nampak happy dan seronok menjalani assignment fotografi ini. Thanks to Qayyum as the studio owner, and semua yang terlibat. Thanks abg wan jemput aku. Walau aku sampai lewat, dpt jugak shoot sikit-sikit. Berjumpa lagi kita pada hari dan waktu yg sama minggu lain, wassalamm!Kepada yg free sila laa komen-komen sini okeyy!
Akmal Adanan
Posted byAKMAL PHOTOGRAPHY at Thursday, January 28, 2010 1 comments
Labels: Photography
FIRST MONTH IN MALACCA
Wednesday, January 27, 2010
1. Diam Xdiam sebulan dah aku tinggal kat Alor Gajah, Melaka nie. Macam mana keadaan kat sini? pada aku okey jer, Xde masalah. Suka atau tak, kita kene happy ape juga yang datang pada kita. Aku percaya semuanya telah dituliskan. Jadi sebagai hambaNya, kita turutkan saja.2. Aku rasa aku dah get used suasana di sini. Hari-hari full dengan aktiviti-aktiviti yang sihat. Masa utk aku leisure-leisure mmg byk hilang. Aku menjadi lebih produktif berbanding tahun lalu. Hari nie sahaja, aku bangun awal pagi, siapkan sehelai album (jadilah) sebelum aku bersiap pergi kerja. Harap tahap kerajinan aku ini akan aku teruskan sampai ke anak cucu. ahahaa...
3. Aku balik awal sikit petang nie iaitu pukul 5 ptg. Aku kemas-kemas bilik aku yg tahap hotel 5bintang supaya kelihatan lebih tidy. After this nk kemas kete sport aku plak. Mlm nie kene masuk UiTM sbb ada majlis untuk pelajar-pelajar di sana. Esok mlm aku join satu lg event - photoraphy talk dari student-student fakulti fotografi.
Ok, Xde pape nk ckp lagi, saja je membebel ...bye
Akmal Adanan
Posted byAKMAL PHOTOGRAPHY at Wednesday, January 27, 2010 1 comments
Labels: Life in Melaka 2010/ 01
Al-fatihah
Saturday, January 23, 2010
Sebagai rakyat johor yang sejati. Aku mmg sangat sedih mendengar berita kemangkatan baginda Tuanku Sultan Johor, Sultan Iskandar 7.15mlm semalam 22.01.2010. Takziah kepada semua kaum keluarga, kerabat diraja dan kesemua rakyat Johor dan takluk jajahannya. Pada aku Baginda adalah seorang Sultan yang sungguh berkarisma, mempunyai pendirian dan gaya kepimpinan yang tinggi. Sesungguhnya kehilangan Almarhum sangat dirasai. Kepada Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, tahniah atas pertabalan baginda sebagai Sultan Johor yang baru menggantikan Almarhum Ayahanda beliau. Semoga Negeri Johor terus maju di bawah naungan Tuanku. Amin.Sayang ada juga manusia yang sgt fanatik. Tak tentu pasal nak menunjukkan kehebatannya dalam hal rohaniah dan sebagainya. Jika anda ada masa, sila click SINI dan kemudian nilaikan ...
*maaf, link yg saya beri di atas sudah tidak exist. Mungkin dihapuskan, or has been deleted. Untuk melihat bagaimana brilliant nya penulis blog berkenaan sila click SINI.
Al-Fatihah Almarhum Tuanku Sultan Johor, Sultan Iskandar ...
Patik yang hina,
Akmal Adanan
Posted byAKMAL PHOTOGRAPHY at Saturday, January 23, 2010 3 comments
Labels: Announcement
RECEPTION DANNY & AZLINA PART II
Thursday, January 21, 2010
2. Ok, finish off praising all the people involved. I would like to thanks Danny & Azlina for their trust, appointed me as the official photographer on their big days! Also many thanks to all parties involved - the family and friends, my fellow photographers, make up artist - seri delima- ak lydia, yat, and siti, abg eddy, catering and sume. It was great to working together with all of you. Many thanks to my ex client - Khalid & Surya the couple who recommended me to the brides =) highly appreciated.



















4. Seriously, there are a lots more I like to share. But the space is very limited. To bride & groom, Insyaallah, U will view it in the album later.
Signing off,
Akmal Adanan, Photographer
0127655165
Posted byAKMAL PHOTOGRAPHY at Thursday, January 21, 2010 5 comments
Labels: Wedding
TEASER DANNY & AZLINA
Tuesday, January 19, 2010
1. Masuk nie dah 3 minggu aku tinggal kat Lendu, Melaka. Best jugak duduk sini. Pukul 9.30-10.00 malam aku dah tertido. Penat kerja punya pasal + Xde sumber hiburan seperti di Lembah Klang membuatkan hasrat aku untuk stay back lewat malam dan design album-album pengantin yg byk itu aku simpan kemas.2. Maaf pada yang call/ text/ email aku bertanyakan availability aku utk menangkap gambar-gambar hari bahagia kamu semua. Buat masa nie, aku tidak dapat sahkan. Aku pun masih belum pasti jadual hidup aku buat masa sekarang. Ada weekend aku free, and ada jugak yg aku kene attach dengan aktiviti-aktiviti kerja, seperti gardening (dalam bahasa inggeris), gotong-royong, majlis-majlis induksi dan sebagainya. harap kamu Xserik utk tanya aku, and make it updated.
3. Geng-geng C9, dan jajahan Lembah Kelang, aku mmg nk jumpe korang. Lama aku Xmaki hamun si Tom, Ajib, Mior, Abg Wan, Rizal, Wan Syazly, Qayyum dan mereka-mereka yang Xmahu balik lepak Miza Kopitiam. Aku tau, mesti awek-awek kat Shah Alam semua rindu dan bertanyakan khabar aku. Xpe geng, biarkan mereka tercari-cari, aku akan kembali dengan penuh misteri.
Yang benar,
Akmal Adanan, 0127655165
Posted byAKMAL PHOTOGRAPHY at Tuesday, January 19, 2010 0 comments
Labels: Wedding
RECEPTION DANNY & AZLINA
Saturday, January 16, 2010
2. Thanks to Adik aku, afiq dan juga Bro Naser sudi datang dan menolong aku menjayakan tugas ini. Harap aku dapat terangkan ape yang perlu & at the same time kamu dapat apa yang kamu mahu. Outdoor Xsempat nak buat proper sebab pengantin was too tired that day. We only have several minutes to do informal outdoor session sekitar rumah. Untuk melihat gambar-gambar, jom lihat di bawah.



















Thanks & regards
Akmal Adanan, 0127655165
Posted byAKMAL PHOTOGRAPHY at Saturday, January 16, 2010 0 comments
Labels: Wedding
OUTDOOR PHOTOSHOOT AHMAD & INTAN
Wednesday, January 13, 2010
2. Sesi outdoor ni kami buat pada 27hb Disember di Putrajaya. Aku nk ucapkan jutaan terima kasih pada Mior Fendi dan Diela Norain sebab sudi dtg membantu aku pada hari tu. Dieorg nie mmg pakar dalam bidang masing2. Bangga siot dpt kerja ngan korang pada akhir tahun 2009 hari tu. Walau penat, haus dan lapar... segalanya berjalan lancar. Lagi sekali nk say thanks to Izzah, sudi jadi make up artis yg best :)















3. Last entry aku ade kat opis kat uitm. Sekarang aku kat Hospital Batu Pahat dah. Ade emergency sikit. Ayah aku admitted... So harap rakan-rakan sudi mendoakan ayah aku cepat sembuh. jadi aku pun senang hati nk buat kerja-kerja yg byk tertangguh. To all DTM2B sorry ye cancel class hari nie ...nanti kite ganti yg lain.
Akmal Adanan, Photographer
012-7655165
Posted byAKMAL PHOTOGRAPHY at Wednesday, January 13, 2010 2 comments
Labels: Wedding